Perak Makmur Rakyat Sejahtera
Ucapan Penggulungan Mesyuarat Kedua,
Tahun Keempat DUN Perak, 2021.
Agenda Utama
Negeri Perak berpotensi dalam mempelopori sektor sekuriti makanan bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.
Negeri Perak sedang dalam usaha memperkasakan pendigitalan menerusi pelbagai bidang terutamanya sektor urus niaga dan perkhidmatan awam yang didorong oleh sektor awam dan swasta.
Data merupakan aset penting bagi kerajaan untuk memastikan keputusan lebih bersasar dan tepat.
Kewujudan banyak institusi latihan kemahiran merupakan kekuatan negeri Perak dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Penggunaan teknologi moden dan amalan terbaik dalam aktiviti perlombongan dapat mengimbangi antara penjanaan pendapatan dan risiko seterusnya memastikan alam sekitar terus dipelihara.
Tadbir urus projek berkepentingan negeri harus diperkasakan bagi memberi keyakinan kepada bakal pelabur dan pelabur sedia ada untuk terus memilih negeri Perak sebagai destinasi pelaburan pilihan.